Apakah PRIHATIN

PRIHATIN yang berslogankan ‘Kita Bantu Kita’ adalah inisiatif AnsaraKB yang bertujuan untuk melaksanakan agihan sendiri melalui WAAD (sehingga 50%) zakat yang dibayar oleh Sahabat MRSM KB/PC kepada golongan asnaf dari kalangan Sahabat MRSM KB/PC.

‘Sahabat MRSM KB/PC’ merangkumi pelajar dan bekas pelajar, tenaga pengajar dan bekas tenaga pengajar, kakitangan dan bekas kakitangan MRSM KB/PC serta suami/isteri mereka.

Di bawah satu persefahaman kolaborasi, AnsaraKB (dengan lebih 10,000 bekas pelajar yang mana 2,000 berdaftar sebagai ahli) telah dilantik oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai Amil Zakat Harta pada Sep 2021. AnsaraKB seterusnya melantik KoAsmara sebagai ejen dan Pengurus Operasi PRIHATIN.

PRIHATIN akan ditadbir oleh Lembaga Tadbir Urus yang ahli-ahlinya telah dilantik & dipertanggungjawabkan oleh AnsaraKB untuk melaksanakan PRIHATIN termasuk seorang wakil MAIK yang berperanan sebagai Penyelaras & Penasihat untuk PRIHATIN.

PRIHATIN akan menitikberatkan keperluan seperti patuh enakmen dan hukum syarak, kemudahan potongan cukai pendapatan, telus, laporan tahunan, kerahsiaan maklumat pembayar dan kelestarian berdasarkan kemampuan.

Image

Inisiatif PRIHATIN

Antara ciri-ciri inisiatif yang akan dititikberatkan:

Patuh Enakmen dan Hukum
Potongan Cukai Pendapatan
Telus, laporan lengkap tahunan
Kerahsiaan maklumat pembayar
Kelestarian berdasarkan kemampuan

Kenapa bayar Zakat melalui PRIHATIN?

Selaras dengan slogan ‘Kita Bantu Kita’, PRIHAIN memfokuskan kutipan dan agihan zakat di kalangan Sahabat MRSM KB/PC dalam usaha kita untuk membantu golongan asnaf di kalangan Sahabat MRSM KB/PC.

Platfom, kemudahan dan peluang untuk berbakti dengan menyalurkan sebahagian atau kesemua zakat kita untuk meningkatkan kesejahteraan dan ekonomi asnaf Sahabat MRSM KB/PC dengan harapan dapat mengeluarkan sesetengah dari mereka dari golongan asnaf dalam masa terdekat.

Terus menunaikan kewajipan berzakat sambil melaksanakan tanggungjawab sosial kepada Sahabat MRSM KB/PC.

Pembayaran Zakat

Berikut adalah cara-cara untuk membuat pembayaran zakat melalui PRIHATIN:

Image

1- Lawati laman web PRIHATIN di https://prihatinansarakb.org

2- Untuk pengguna pertama kali (first-time user), klik butang "Daftar" dan masukkan maklumat yang diperlukan di dalam borang pendaftaran.

3- Selepas mendaftar atau untuk pengguna sedia-ada, log masuk ke dalam Sistem Prihatin dengan memasukkan Id pengguna dan kata laluan.

4- Pilih cara bayaran, "Online Payment" atau "Manual Payment"

5- Masukkan maklumat serta jumlah bayaran yang akan dibuat dan teruskan mengikut arahan di skrin.

6- Untuk bayaran secara "Online Payment", pembayar akan dibawa ke laman bayaran secara atas talian. Bayaran boleh dilakukan dengan pilihan FPX, kad kredit atau e-wallet.

7- Untuk bayaran secara "Manual Payment", sila pilih salah satu dari 3 pilihan, iaitu:

  1. "Online Transfer" ke akaun Bank Islam Malaysia (BIMB) atas nama YDP MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT No. Akaun 0301-801-00000-50. Bayaran secara “Online Transfer” boleh dibuat melalui personal online banking seperti Maybank2u, CIMB Click, Bank Islam, AmBank, RHB, OCBC, HSBC dan lain-lain. Masukkan Kod Amil 1148 sebagai rujukan bayaran semasa membuat bayaran. Emelkan resit bayaran kepada info@prihatinansarakb.org.; atau
  2. Bayaran secara "Cek" atas nama Majlis Agama Islam Kelantan. Cek boleh diserahkan kepada ejen PRIHATIN atau dihantar terus ke mana-mana kaunter bayaran zakat MAIK dengan melampirkan bersama-sama dengan "Payment Slip" yang boleh dicetak atau dipaparkan di dalam sistem PRIHATIN. Emelkan resit bayaran kepada info@prihatinansarakb.org sekiranya membuat bayaran sendiri di kaunter bayaran MAIK; atau
  3. Bayaran secara "Tunai" hanya boleh dibayar di mana-mana kaunter bayaran zakat MAIK dengan melampirkan bersama-sama dengan "Payment Slip" yang boleh dicetak atau dipaparkan di dalam sistem PRIHATIN. Emelkan resit bayaran kepada info@prihatinansarakb.org sekiranya membuat bayaran sendiri di kaunter bayaran MAIK

Resit pembayaran zakat akan dikeluarkan oleh MAIK dan akan diposkan ke alamat pembayar zakat setelah pengesahan bayaran dibuat oleh MAIK.

Pembayaran zakat melalui potongan gaji kini sedang diusahakan.

105

Ahli PRIHATIN Aktif

49

Ahli Membuat Bayaran

128980.00

Kutipan Tahun Semasa

Soalan-soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim berkenaan PRIHATIN.

PRIHATIN yang berslogankan ‘Kita Bantu Kita’ adalah inisiatif zakat AnsaraKB untuk menyalurkan sehingga 50% WAAD (agihan sendiri wang zakat) yang dibayar oleh Sahabat MRSM KB/PC untuk diagihkan kepada golongan asnaf daripada kalangan Sahabat MRSM KB/PC.
Di samping melaksanakan tanggungjawab berzakat, antara kelebihannya ialah memberi peluang kepada Sahabat MRSM KB/PC untuk membantu golongan asnaf di kalangan Sahabat MRSM KB/PC (kita bantu kita) demi kesejahteraan kehidupan dan dalam mengubah nasib termasuk kemungkinan mengeluarkan sesetengah mereka dari golongan asnaf.
AnsaraKB telah dilantik sebagai Amil Zakat Harta oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). AnsaraKB pula telah melantik KoAsmara sebagai Ejen dan Pengurus Operasi PRIHATIN. Menerusi kelulusan WAAD oleh pihak MAIK, sehingga 50% daripada jumlah zakat yang dibayar melalui PRIHATIN akan diagihkan kepada asnaf di kalangan Sahabat MRSM KB/PC yang memerlukan.
Sahabat MRSM KB/PC merangkumi pelajar dan bekas pelajar, tenaga pengajar dan bekas tenaga pengajar, kakitangan dan bekas kakitangan MRSM KB/PC serta suami/isteri mereka.
Agihan zakat melalui PRIHATIN akan diutamakan kepada Sahabat MRSM KB/PC yang layak yang tergolong dalam asnaf fisabilillah, antaranya berupa bantuan kos sara hidup, kos-kos pembangunan & kemahiran, kediaman, pelajaran anak-anak, perubatan, kecemasan seperti banjir dan kebakaran, dll.
Maklumat tentang agihan/penerima bantuan akan dikongsikan dalam laporan tahunan aktiviti PRIHATIN yang akan disediakan. Jika keadaan mengizinkan pembayar zakat mungkin diundang untuk turut serta dalam program penyerahan agihan zakat kepada golongan asnaf Sahabat MRSM KB/PC.
Bayaran boleh dibuat secara atas talian melalui laman web PRIHATIN atau melalui ejen PRIHATIN bagi bayaran tunai/cek atas nama ‘Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan’.
Ejen PRIHATIN terdiri daripada wakil dari Lembaga Tadbir Urus (LTU), wakil Batch, Biro Ekonomi AnsaraKB dan KoAsmara.
Semua jenis zakat harta seperti zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat emas/perak dan zakat perniagaan boleh dibayar melaui PRIHATIN, kecuali zakat fitrah.
KoAsmara atau ejen PRIHATIN akan membantu untuk membuat pengiraan menggunakan Kalkulator Zakat di Portal Rasmi MAIK.
Ianya terpulang kepada peserta PRIHATIN itu sendiri. Bagi mereka yang berniaga atau bekerja sendiri, mereka mungkin mahu buat bayaran pada bulan Ramadhan atau sebelum akhir tahun atau sebelum penutupan akaun syarikat. Bagi yang bergaji, bayaran secara potongan bulanan boleh diuruskan.
Tiada jumlah minimum ditetapkan dan Sahabat MRSM KB/PC bebas untuk membuat pilihan samada hendak menyalurkan semua atau sebahagian daripada zakatnya melalui PRIHATIN. Walau bagaimanapun, lebih banyak bayaran yang dibuat melalui PRIHATIN, lebih ramai Sahabat MRSM KB/PC yang dapat dibantu.
Resit pembayaran zakat akan dikeluarkan oleh MAIK dan akan dipos ke alamat pembayar setelah pengesahan bayaran zakat dibuat. Penyata zakat juga boleh didapati secara atas talian menerusi sistem e-Pembayar di Portal Rasmi MAIK.
Semua maklumat peribadi pembayar zakat berkaitan inisiatif PRIHATIN akan dirahsiakan.
Image

Hubungi Kami

Alamat:

Prihatin AnsaraKB
c/o: Suite 66-01, Amber Business Plaza 2,
Jalan Jelawat 1,
56000 Kuala Lumpur.

Email:

info@prihatinansarakb.org

WhatsApp:

http://bit.ly/Prihatin21

Telegram:

https://t.me/PrihatinOfficialLink